Wh0GKYf6tJg

Jalan pintasan Rawang Bypass merupakan jalan alternatif sepanjang 23 kilometer yang merentasi hutan simpan selangor ini merupakan projek yang hebat dalam rancangan malaysia ke-9.

Projek pembinaan ini telah menelan belanja sebanyak RM630 juta itu melibatkan projek menaiktaraf struktur jalan raya, selain bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar Rawang.

Rawang bypass dibina bertujuan untuk memajukan jaringan jalan raya ke bandaraya Kuala Lumpur tanpa melalui bandar Rawang dan mampu mengurangkan tempoh perjalanan selama dua jam sebelum ini kepada hanya 30 minit.

Menarik mengenai pembinaan lebuh raya ini, ia turut memiliki jejambat berbengkang-bengkok yang dibina menggunakan kaedah Moveable Scaffolding Systems (MSS).

Kaedah MSS yang pertama digunakan dalam pembinaan lebuhraya di negara ini dapat mengurangkan kemusnahan Hutan Lipur Komenwel.

Pembinaan jalan ekspres ini yang dikatakan paling kompleks memiliki struktur jajaran dengan ketinggian 58.2 meter dari aras bumi sekaligus menjadikan ia jambatan tertinggi di Malaysia.

Perjalanan menyelusuri kawasan Hutan Simpan Kanching yang kaya dengan flora dan fauna pastinya memberi pengalaman berbeza.

Siapa yang telah merasai pengalaman melalui jalan Rawang bypass ini, jom kongsikanlah pengalaman anda.