Kucing ini aku jumpa semasa bercuti di Sydney, Australia.  Perwatakannya sangat jinak dan tidak mudah mesra dengan tetamu yang datang ke Rumahnya. Ketika aku berada di Sydney, aku telah menyewa satu bilik dengan mengunakan aplikasi Airbnb. Rumah dan bilik yang sangat selesa bagi aku seorang diri bercuti disini. Harga juga berpatutan sebab bajet aku tak terlalu tinggi. Hanya AUD168.63 bersamaan RM489.20, aku boleh duduk disini dengan selasa selama 3 hari. Ini bermakna sehari hanya AUD56.21

Aku kalau bercuti lebih selesa guna aplikasi Airbnb ini. Kadang-kadang boleh duduk kondominum yang mewah dengan harga yang murah. Kalau anda tak percaya boleh lah tengok sendiri di website atau muaturun aplikasi tersebut dan jangan lupa daftar akaun Airbnb dulu. Sila lihat sendiri di laman sesawang mereka (Airbnb)

Baiklah, berbalik semua dengan tajuk post ni.

Kucing Rosebery yang Manja

Setibanya aku di rumah Airbnb ni, seperti biasa lah selalu kena Check-in sendiri (self chech-in). Bila selesai dapatkan kunci, aku menuju ke rumah yang aku sewa ni. Buka sahaja pintu seekor kucing menyambut kedatangan aku. Sebenarnya memang aku dah tahu ada seekor kucing dalam rumah ini sebab tuan rumah dah siap-siap bagi tahu dalam Airbnb.

Cat with a bell

You will be sharing the apartment with one professional male in his 30’s AND a kitty cat who is normally very chilled but playful if you love cats (due to this, no other animals are allowed). It is imperative that you clean after yourself, such as putting the dishes in the dishwasher after use. – Ini penerangan yang telah dijelaskan oleh tuan rumah.

Aku tak kisah pun dengan kehadiran kucing ini. Dengan muka tak reti nak senyum dan garang, tapi sangat manja. Setiap hari kalau aku ada di rumah pasti dia akan dekat dengan aku. Rindu pula dengan si Meon Amigos (nama kucing aku)

Cat with a bell