Agak teruju dengan penganjuran KLOBS 2017 kali ini. Bila dapat info (melalui group whatsapp) tentang penganjuran pameran Orkid ini, aku terus ajak mak ayah ke sini pagi ini. Maklumlah mereka antara peminat pokok Orkid dan tanaman-tanaman lain. Sampai sahaja tempat pamerah, rupa-rupanya pameran bermula esok iaitu 2 Disember 2017. Perasan sedikit hampa. Tak mengapa lah. Kami jalan-jalan dulu, ada sesetengah tempat dah buka. Esok pasti kami ke sini lagi.

Apa yang menarik tentang KLOBS 2017 ?

Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2017, kali ini akan mempamerkan lebih kurang 700 spesis orkid dan bonsai daripada serata dunia akan dipamerkan. Selain Malaysia, pameran ini juga turut disertai kira-kira 15 negara lain termasuk Brunei, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, China dan Jepun.

Apa yang lebih menarik lagi, KLOBS 2017 akan memperkenalkan beberapa orkid hibrid baharu yang tentunya akan memikat hati pengunjung. Terdapat juga aktiviti-aktiviti lain seperti pertunjukan fesyen, pertandingan skulptur taman, pertandingan melukis dan mewarna, fotografi, demonstrasi masakan dan bengkel penjagaan orkid serta bonsai.

Aktiviti – KLOBS 2017

Map – KLOBS 2017

Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2017
Tarikh : 2 – 10 Disember 2017
Lokasi : Taman Pudu Ulu, Cheras, Kuala Lumpur
Masa : 9.00 Pagi – 10.00 Malam

Kepada peminat bunga orkid, jangan lepaskan peluang ini untuk bersama kita cuci mata melihat keindahan alam ini. Disamping itu dapat mengisi masa bersama keluarga semperna cuti sekolah ini.