Dari Malaysia ke Papua New Guinea

Ini kisahku. Nak mulakan cerita daripada mana pun tak tahu. Niat nak menulis tertanam sejak enam bulan lepas, ketika pertama kali aku jejakkan kaki di Papua New Guinea (PNG).

Tahun lepas aku ditawarkan untuk berkhidmat di PNG oleh syarikat induk di Malaysia. Pada mulanya rasa teruja dan keberatan sedikit. Teruja kerana dapat kerja luar negara. Keberatan sebab berjauhan daripada keluarga, lebih-lebih lagi aku aku baru je lepas menjalani pembedahan jantung (bypass).

Setelah menilai Pros & Cons, aku terima tawaran ini. Apa yang paling penting adalah Mak & Ayah redha dengan keputusanku ini. Nak dipendekkan cerita, pada bulan September 2018, aku mula berkerja di sini.

Sepanjang aku berada di sini, bermacam pengalaman aku lalui. Daripada itu, akan aku kisahan disini moga menjadi perkongsian berguna kepada yang membaca.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *